Thursday, July 29, 2010

Kongsi Buku:CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH

BUKU:Catatan Hati Nik Nur Madihah

Dalam pertemuan hari ini,aku ingin kongsikan sebuah buku yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk anak-anak kita,buku ini aku beli semasa program di Masjid As-Syarif Meru iaitu Program Motivasai Bersama Adik Nik Nur Madihah di Dewan Hambali.

Sebuah buku Motivasi yang sangat sesuai untuk ibu bapa dan untuk anak-anak kita,buku yang di maksudkan itu ialah CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH…Kesusahan bukan penghalang kejayaan ,begitu menarik buku ini jika di telusuri dengan baik..sangat memberi motivasi kepada anak-anak kita yang masih belajar.Kita sebagai ibu bapa elok memiliki buku ini,bagi menambahkan motivasi diri kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak,kita boleh mengambil iktibar seperti yang tertulis dalam buku ini.

Buku terbitan Hijjaz Records Publishing,mengandungi 126 muka surat,hasil tulisan Ummu Hani dan juga adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

“Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk Berjaya.Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah,mencari permata yang tak ternilai harganya-ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya.Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja.Menahan keinginan hati untuk memeliki barang-barang sendiri.Bukan senang mencapai bintang.Namun tiada yang mustahil dalam kehidupan.Kepada Allah dia menyandarkan harapan.Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup.Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.”

Begitulah kehidupan seorang anak nelayan yang bernama Nik Nur Madihah bin Mohd Kamal pelajar SPM terbaik Malaysia 2008,ya..bukan semudah yang di sangka untuk menggapai dan mencapai impian serta kejayaan,kesusahan,kesabaran..itulah yang di hadapi oleh adik Nik Nur Madihah ini..Dalam keadaan hidupnya yang di himpit dengan serba kekurangan beliau dapat membuktikan yang namanya kesusahan itu bukan penghalang untuk sesuatu kejayaaan.Beliau mengungkapkan kata-kata ini:

“Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW.Janganlah Anda Mengalah Wahai Teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan mengucup kejayaan dunia akhirat”

Pembaca juga boleh menelusuri kehidupan keluarganya dalam buku ini,Ungkapan sang Ayah pada anak-anaknya seperti yang tertulis dalam buku ini:

“Walaupun kita miskin,kita tidak sampai melarat,masih boleh mencicip makanan.Orang lain,ada yang tidak mempunyai tempat tinggal lansung.Maka, anak-anak patut bersyukur!”

Begitulah ungkapan ataupun kita boleh kata motivasi yang diberikan oleh seorang Ayah kepada anak-anaknya yang sangat mengesankan kita semua.Dalam buku ini juga terdapat catatan yang ditulis oleh beliau,panduan-panduan untuk para pelajar serta amalan doa sebagai penguat dalam diri setiap pelajar yang patut di amalkan.

Untuk yang selebihnya,carilah buku ini di pasaran,kedai dan gedung buku yang berdekatan anda..Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat dan motivasi kepada anda.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP ANDA


Hari Kesepuluh Pesta Buku Selangor


Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,kali ini aku nak kongsikan lagi entri terakhir berkaitan dengan aktiviti aku sempena pesta buku yang dah berlalu,apa pun kesudian ANDA berkunjung ke blog ini amat di hargai.Semoga dengan kedatangan ke blog ni,menambahkan semangat untuk sama-sama membudayakan amalan membaca dalam kehidupan kita.

Ahad, 4hb 07 2010


Hari ini sekali lagi aku ke Pesta Buku Selangor(untuk kali yang ketiga),kali ini aku bawa isteri dan anak aku yang semakin agresif,sebenarnya kami nak balik ke rumah Mak mertua di bukit Lancong,tapi oleh kerana isteri nak sangat ke pesta buku ini,aku pun bawalah dia sebelum balik ke rumah Mak.Kebetulan pun aku memang nak cari lagi beberapa buah buku,manalah tahu ada yang bagus-bagus.Dalam hati,hari ni mesti ramai,maklum hari Ahad hari cuti.Dah memang betullah apa yang aku sangka,jalan nak masuk ke Kompleks PKNS jammed,kenderaan perlahan-lahan masuk..sabar ajelah..

Akhirnya dapat juga melepasi jammed,parking dalam pun penuh juga,cari punya cari dapat juga untuk parking kereta.Sambutan orang ramai sangat meriah sekali hari ini,maklum hari cuti dan hari ke sepuluh,hari-hari terakhir.Orang ramai berpusu-pusu ke setiap gerai buku,apa yang aku lihat,setiap gerai buku ada pelanggannya tersendiri,masing-masing ada rezeki..rezeki jual buku..!.

Aku dan Isteri tak ketinggalan untuk ke setiap gerai buku,gerai buku PTS dan Karangkraf menjadi kesukaan aku,macam-macam ada,ouw..buku Dr.Tuah baru keluar,tangkap satu,sambil mendukung anak aku yang semakin membuatkan tangan aku lenguh..aik..nak ambil gambar pulak..katanya aku orang pertama beli buku keluaran Karangkraf jenama OISIS,seorang kakak tu siap tanya nama dan tempat tinggal lagi,tak tahu pula nak letak mana gambar tu..biarkan…

Buku baru Dr.Tuah..

banner kata2 motivasi

Ronda terus,memang ramai hari ni,macam-macam pengunjung yang datang,tak miss mesti ada buku dalam beg plastik…baguslah orang kita dah minat dan nak membaca,aku bangga,aku suka melihat mereka..mereka pun tengok telatah aku kot!,Macam mana kalau adakan satu hari,seminggu sekali,buat ‘PASAR BUKU’ buat ala-ala pasar biasa,tapi kali ni buat ‘PASAR BUKU’,semua jual buku mesti best,cara mana mereka nak buat tarikan ke gerai mereka terpulang pada masing-masing..nak buat diskaun ke,beli 2 buah buku dapat percuma satu ke,terpulang pada mereka,yang penting semua jual buku..amacam? setuju?.

Pasar buku..agak2 bolehkah ia diwujudkan..?

sebahagian majalah untuk balqis

Dapat juga beberapa buku hari ini,begitu juga dengan isteri,banyak beli majalah,buku kanak-kanak…semuannya untuk anak aku yang ni..Nur Dania Balqis.Penat tapi puashati tengok buku..nak dapat macam ni setahun sekali,nak tunggu tahun depan lagi..apapun syukur orang kita dah minat dan suka membaca.Moga kita dapat sama-sama membudayakan membaca ilmu dalam kehidupan kita.InsyAllah..Jumpa lagi di tahun hadapan.

JOM MEMBCA..!

Tuesday, July 27, 2010

Kongsi Buku:DAIRI HIDUP RASULULLAH

Buku:DAIRI HIDUP RASULULLAH

Alhamdulillah bertemu lagi dalam perkongsian buku di Kongsi Buku,mudah-mudahan perkongsian buku selama ini mendatangkan manfaat kepada pengemar-pengemar buku khususnya tetamu yang singgah di blog http://www.jaringanperkongsianmindaanda.blogspot.com/.

Terima kasih kerana anda masih setia bersama aku di Kongsi Buku,dan kalau tak silap aku sehingga kini sudah tiga buah buku yang aku kongsikan kepada Anda semua.Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang telah aku selesaikan pembacaannya selama ini,Insyallah pada pertemuam pada masa akan datang akan aku kongsikan kepada Anda;).

Dalam pertemuan kali ini aku ingin kongsikan sebuah lagi buku yang habis dibaca pada tahun lepas,buku yang sangat baik dan berguna untuk kita semua.Sebagai panduan dan rujukkan kita yang mengakui kerasulan Muhammad SAW.

Buku yang aku maksudkan ialah buku DAIRI HIDUP RASULULLAH S.A.W..Menjejak Sunnah Utama Rasulullah S.A.W dalam Sehari,bagi Tujuh Hari Seminggu yang Produktif.Buku tulisan bersama tiga orang penulis iaitu Muhammad Abd.Syukur,Muhammad Muslih Aziz dan Muhammad Syamsyul Yakin,penulis dari Negara Indonesia.Buku Dairi Hidup Rasulullah ini adalah buku yang diterjemah dari buku asal yang berjudul 7 Sunnah Harian Nabi S.AW,di terjemah oleh PTS Millennia Sdn Bhd.Buku ini di jual dengan harga RM 11.90 SM dan 13.90 Sabah/Sarawak.

Buku yang menarik dan perlu di miliki oleh semua yang ingin mengikuti contoh kehidupan Rasulullah dalam memandu kehidupan seharian,Rasulullah adalah suri tauladan buat kita Umat Islam,segala yang ada pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik buat kita semua.Siapa lagi yang hendak kita contohi kalau bukannya seorang Rasul yang sangat mulia ini.

“Tabiat suka mengamalkan sunah harian menunjukkan pengamal-pengamal tergolong dalam golongan orang yang bijak dan mampu mengelola hidup sesaat dengan melakukan sunah-sunah harian Rasulullah S.A.W.Begitulah sikap orang yang rindukan kebahagian daripada Tuhan dan keselamatan di akhirat”.

Dalam buku ini penulis memperincikan 7 Sunah harian yang Rasulullah lakukan,ini bukan bermaksud angka 7 amalan sunnah menghadkan ataupun membatasi sunah kerana perbuatan yang termasuk dalam kategori sunah adalah banyak.

Antara 7 Sunah Harian yang di lakukan oleh Rasulullah S.A.W seperti yang terkandung dalam buku ini ialah:

1) Solat Tahajud

2) Menyelami dan Memahami Al-Quran

3) Solat Subuh berjemaah di Masjid

4) Solat Duhah

5) Sedekah

6) Wuduk

7) Berzikir

Sebagaimana yang semua sedia maklum bahawa amalan harian Rasulullah S.A.W bermula dari awal pagi hingga tidur kembali.Buku ini menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan beliau.Untuk mengiikuti pembicaraan dengan terperinci,miliki dan carilah buku ini di mana-mana gedung buku yang berdekatan dengan Anda.

Sekian semoga mendapat manfaanya dari perkongsian serba sedikit dari buku ini.

JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DALAM HIDUP KITA

Monday, July 26, 2010

Pesta Ilmu Di Hari Sabtu


Alhamdulillah Syukur pada Allah masih berkesempatan untuk bertemu lagi.Sebenarnya banyak aktiviti yang aku buat sepanjang minggu ini,yang masih tak dapat lagi aku kongsikan dengan para pengunjung,maklum sahaja kena pentingkan yang penting dulu.yang kurang penting ketepikan dahulu,kena guna sistem FIFO(first in fisrt out),macam baca buku juga,kalau cara aku,baca buku,baca dulu yang di beli dahulu,yang beli kemudian baca kemudian..ha3..baru adil kan.Apa pun ikut cara masing-masing,yang penting membaca,baca jangan tak baca.

Sabtu-3hb 07 2010

Ke Perpustakaan Negeri

Aku nak sambung entri yang hari tu punya,selepas balik dari Program Menyemarakkan Islam Selangor,aku dan Farid singgah ke Perpustakaan,baru teringat nak ambil kad ahli yang buat kat Karnival Karangkraf,Cek punya cek tak terdapat permohonan yang aku buat,mungkin mereka tak masuk data dalam computer,jadi kena isi borang lagi,isi pun isi lah yang penting dapat pinjam buku,sementara itu masuk ke perpustakaan cari buku yang nak di pinjam,ramai juga hari ni yang datang ke perpustakaan.Kelihatannya para student,cari bahan rujukkan.Ada yang berkumpulan,ada yang seorang,ada yang’ bercouple’.Nape? tak percaya..ermm..banyak berborak dari membaca..ish3..macamana ni..biarkan asalkan bahagia..

Kuliah jom semarakkan Islam Selangor

Buku pinjaman...

Makalah percuma..

Akhirnya dapat juga 3 buah buku seperti yang disyaratkan,lewat satu hari denda 50sen akan di kenakan setiap hari yang lambat kita pulangkan.Tak payah guna kad ahli,Cuma tunjukkan dan berikan no kad pengenalan saja,Anda dah boleh pinjam buku,yang penting daftar dulu sebagai ahli.Bila dah pinjam jangan lupa pulang balik…ha3..ingatan untuk aku juga ni.Tahniah pada sahabatku Farid..pinjam buku juga,semangat membara untuk membaca.Tunjukkan diri kita contoh pada anak-anak dalam membudayakan amalan membaca ini,InsyaAllah akan menjadi ikutan.

Ke Pesta Buku Selangor (hari ke-9)

Ada masa lagi untuk ronda-ronda di pesta buku,hari ni pun ramai sangat orang yang datang maklum saja tinggal dua hari lagi bakal tamat pesta buku ini,hari ini ambil kesempatan lagi untuk cari buku,aku dan Farid masing-masing dengan haluannya..masing-masing cari buku.Dari satu gerai ke satu gerai aku masukinya,nak tunggu tahun depan lagi,nak tengok suasana macam ini,bisik kata hatiku.Masuk ke gerai buku Galeri ilmu,ramai juga yang tertumpu disini,ait…ada penulis dan juga blogger Hilal Asraf,dapat juga bergambar dan sambar sebuah buku dia siap sign dan kata-kata semangat.



Abdi kenangan..

Nak juga..

bersama Hilal Asraf

Sambar 3 buah buku lagi

Buku..buku..buku…best betul..masuk ke PTS,sini pun lagi hebat sambutannya,meriah sungguh.Buku-buku PTS bagi aku sangat menarik dari muka depan sampailah ke belakang memang menarik.Apa yang penting pengisinnya juga yang lebih penting.Kat sini sebuah buku aku beli,berkaitan dengan dunia ushawan,buat menambah ilmu pengetahuan tentang keusahawanan.Nak jadi ushawan kena banyak ilmu,baru mantap perniagaan yang di usahakan..betul tak?.betul3..

Akhirnya kami bertemu,Farid banyak juga buku di belinya,buku untuk anak-anak katannya,baguslah macam tu kan,galakkan anak-anak suka membaca.Tahniah Farid..!

SEMOGA JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN..!

Friday, July 23, 2010

Kempen Membaca..Sahut Seruan Kerajaan.

Jom cari ilmu melalui buku..

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,aku kongsikan sekali lagi tulisan ini dalam blog ni,sebelum ni aku dah post tulisan ni di blog Nur Dania Balqis..kalau sudi bacalah..;

Dalam pertemuan hari ini ,ingin berkongsi pandangan dengan pengunjung laman blog ni berkenaan dengan kempen membaca oleh pihak kerajaan kita,Kalau kita perasan ada segmen iklan yang membawa mesej kempen membaca yang di tayangkan dalam TV kita semenjak ni,baguslah kalau macam tu,kempen membaca bagi menggalakan rakyat minat dan suka membaca.

Bagi mereka yang minat dan hobinya membaca sudah tentu gembira dengan galakan kerajaan ini,sudah tentunya kempen ini membangkitkan ransangan yang hebat kepada kita semua.Selepas ni kenalah ada bajet untuk membeli buku pula,rasa-rasanya tak rugi malah bertambah berbaloi-baloi,buku dapat ilmu pun dapat.

Bajet beli buku?.Ye bajet untuk beli buku,kita listkan bersama-sama dengan barang-barang keperluan yang lain,alah sebulan satu buku pun kira ok lah tu..yang penting beli dan baca,kalau tidak di mulakan dari sekarang bila lagi?.

Kalau tak yang kita mulakan membaca dulu,kita nak harapkan sapa pula?Suruh anak-anak membaca sedang kita sendiri pun liat nak membaca,salah siapa?..kempen membaca ni dari dulu pun ada,siap buat lagu lagi nak suruh orang membaca, tapi kesedaran masyarakat masih ada yang buat tak kisah dalam hal ni..lecelah,tak ada masa..macm-macam alasan yang boleh kita dengar bab ni.tapi dalam bab mengata,adu domba,mengumpat…emmm..no satu pula ye..

Membacalah…sahut hasrat kerajaan yang mulia,kerajaan nak lihat rakyatnya suka membaca,rakyat berilmu rakyat berjaya,pengetahuan bertambah fikiran cerah banyak idea yang dapat di utarakan untuk membangunkan Negara kita.Itu yang kerajaan mahu untuk rakyat.Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar,jangan lihat kelemahan kerajaan semata-mata,yang baik kita sokong dan dokongi bersama,rasa bersama dan berkerjasama dalam menjayakan kempen membaca ini,baru lah melahirkan masyarakat yang harmoni dan sangat cinta dengan buku dan membaca buku..amacam..setuju?

Demi menyahut kempen membaca ni,kita sebagai ibu bapa jangalah lokek pula,nak belikan buku untuk anak-anak,beri peluang pada anak-anak ruang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati mengikut tahap umur mereka,janji jangan bahan bacaan yang tidak elok kita berikan pada mereka.Banyak bahan bacaan di luar sana boleh kita beli untuk anak-anak kita.

Dan jangan lupa pula buku untuk diri sendiri mengikut kegemaran apa yang kita minati.Dalam masa yang sama pihak kerajaan hendaklah menyediakan perpustakaan di desa-desa atau pekan,ya..sekarang memang ada perpustakaan yang ada di sediakan tetapi biarlah ianya di upgredkan bagi menggalakan orang ramai untuk datang ke perpustakaan yang sedia ada,buku-buku atau bahan bacaan hendaklah sentiasa memenuhi citarasa minda rakyat masakini.Barulah kempen yang ada dapat direalisasikan.

Cita-cita dan komitmen kerajaan(Pemimpin) yang ingin melihat rakyatnya suka membaca haruslah kita hargai dan sahut,tetapi dalam masa yang sama para pimpinan dari segenap lapisan masyarakat hendaklah sama-sama mengamalkan budaya membaca ini kalau mahu melihat rakyatnya maju dan menjadi bangsa yang berjaya,jangan cakap tak serupa bikin,pemimpin juga kena tunjuk budaya membaca,barulah kempen menjadi.Secara peribadi aku sokong dan menyahut seruan kerajaan agar budaya membaca menjadi amalan hidup kita seharian,Bangsa Membaca Bangsa yang berjaya…mudah-mudahan kempen membaca ini berjaya di seluruh Malaysia yang kita cintai ini..Amin!!!.

JOM MEMBACA...!

Thursday, July 22, 2010

Baca dalam Tandas..?

Membacalah di mana pun..


MasyAllah..sudah lama rasanya aku tak update blog ni(seminggu dah tak update),naik bersawang,entah sahabat-sahabat dah naik bosan masuk blog ni,asyik-asyik entry yang lama,ermm..bukan malas nak update tapi talian ni sangat mengecewakan, maklum saja Broadband(ada satu entry tu kat blog lain bukan panggil Broadband tapi ‘BERUKBRAND’)mungkin dah marah sangat tu,apa boleh buat kan itu yang aku mampu guna setakat ni,aku tak nak sebutlah Broadband apa,tentu dah banyak yang maklum,apa syarikat tu..?

Apa pun aku masih patut bersyukur lagi,ada juga gunanya,walaupun talian sangat hebat(sebaliknya tu)kadang-kadang nak upload gambar pun makan masa,rasa-rasanyalah kalau aku pergi kedai balik lagi mungkin belum ok lagi..sabar ajelah..tentu ada yang Tanya,Mengapa tak nak tukar..mengapa tak nak potong..ha3..sebab aku masih tak nak tukarlah..ha3..padan muka..! Sabar aje lah..!

Banyak masa aku,nak baca buku,daripada terus layan talian yang hebat ini,beberapa buah buku yang aku beli masa Karnival Karangkraf awal tahun ni pun ada yang tak beres lagi,ni pun masih habiskan buku-buku yang di beli semasa pesta buku Selangor hari tu,kadang-kadang sambil online baca jugak buku ni,sambil tunggu line hebat ni..! di mana saja kita boleh baca buku,baca di mana-mana,macam slogan Komuniti Baca@LRT,baca di mana-mana,dalam kereta,dalam bas,komuter,Lrt,dalam restoran,warung…di mana-mana boleh..! Tandas..?..ada orang baca dalam tandas ke? Jawapannya ada,tapi bagi aku,aku tak setujulah,membaca ni bagi aku perbuatan yang sangat mulia,tak sanggup aku bawak buku bahkan akhbar sekalipun masuk dalam tandas,tempat kotor tempat setan bertapak,ish..! tak baguslah baca dalam tandas.

Bacalah di mana-mana sekalipun,asalkan bukan di tandas..! Membaca satu amalan yang mulia..!

Ingatlah Firman Allah SWT ini:

“Bacalah (Ya..Muhammad) dengan nama TuhanMU yang telah menciptakan,Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan TuhanMU amat pemurah,yang mengajarkan(menulis) dengan pena,Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya…..”

Surah:((Al-Alaq 1-5)

Fikir-fikirkan..!

Sekian..Jumpa lagi..!

Thursday, July 15, 2010

Santapan Minda Setiap Sabtu

Alhamdulillah dengan izin Allah pada hari ini(3hb 07 2010-Sabtu),aku dapat turut serta dalam program Menyemarakkan Islam Selangor,walaupun aku datang lewat,tapi masih ada kesempatan lagi untuk mengikuti kuliah yang di sampaikan oleh penceramah yang di undang,pagi ini aku pergi bersama kawan sekampung aku saudara Farid Azizi.Sampai saja penceramah kedua sedang menyampikan kuliahnya sebelum itu Ustaz Roslan Mohammed telah selesai menyampaikan kuliahnya.Satu lagi program yang di anjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor dibawah Jabatan Esco Hal-Ehwal Agama Islam,satu program yang sangat bermanfaat buat rakyat Selangor,usaha-usaha sebegini sudah sewajarnya di beri sokongan yang baik oleh setiap warga Selangor.

Satu permulaan yang baik untuk memberikan input yang terbaik bagi setiap warga Selangor.Program ilmu yang dapat meningkatkan minda setiap mereka yang hadir.Bagi mereka yang bekelapangan datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ilmu yang sangat bermanfaat ini,Setiap saat dipenuhi dengan minda yang di lontarkan oleh setiap penceramah,butiran-butiran ilmu yang di lontarkan boleh kita jadikan sebagai panduan dalam melayari bahtera kehidupan kita.Maklum sahaja ilmu itu sangat penting untuk kita mencari,dari sumber mana pun yang penting bermanfaat dan tidak menyeleweng dari ajaran Islam.

Jadi,setiap hari Sabtu jangan lupa temu janji kita untuk sama-sama menadah ilmu dalam Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE).Selepas dari Kuliah anda boleh mengunjungi gerai-gerai asnaf untuk mencari ole-ole bila pulang nanti.Anda juga boleh ke Perpustakaan yang berdekatan jika Anda rasa ingin ke sana.Maklum sahaja saling berdekatan antara Muzium dengan perpustakaan negeri.Mencari ilmu di mana-mana sahaja..!

Penceramah sedang menyampaikan kuliahnya




Kehadiran orang ramai



Saudara Farid Azizi


Jualan juga di adakan

JOM MENUNTUT ILMU...JOM MEMBCA..!

Wednesday, July 14, 2010

Berita Gembira: Program Menyemarakkan Islam Selangor

Jom Semarakkan..!


Dalam pertemuan hari ini aku nak kongsikan satu berita gembira buat seluruh rakyat Negeri Selangor dan pencinta ilmu semua,tentu anda dah tahu berita ini,akhbar Sinar Harian juga ada menyiarkan iklannya,dan program ini juga sudah dua minggu berjalan,apapun aku kongsikan lagi berita gembira ini buat Anda.Di harapkan Anda dapat mewar-warkan berita ini.

Sekali lagi Selangor sebagai negeri berkebajikan membuka lembaran baru,dengan niat yang tulus dan suci untuk melihat Agama Islam terus bersemarak dan menjadi tunjang yang menaungi negeri dan rakyatnya,satu program yang di beri nama PROGRAM MENYEMARAKKAN ISLAM SELANGOR (PROMISE)anjuran Pejabat Exco Hal Ehwal Islam telah di adakan dan akan berlansung setiap hari sabtu.Program akan di mulakan setipa jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi,dua penceramah akan di undang untuk memberikan kuliahnya.Tempat program di Perkarangan Muzium Negeri Selangor.

Tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor atas keperhatinan,untuk melihat rakyatnya berilmu dan beriman..!

Kepada seluruh penduduk Selangor yang berdekatan dan jauh,marilah hari sabtu yang mendatang kita gunakan masa yang terluang,untuk mengisi minda kita untuk menuntut ilmu dan menadah ilmu dari tokoh ilmuan yang di undang.

JOM MENUNTUT ILMU..JOM SEMARRAKAN ISLAM..!

Sunday, July 11, 2010

Cerita Pesta Buku Selangor Lagi.!


Assalamualaikum..bertemu lagi,dalam pertemuan ini,aku masih nak bercerita lagi tentang pesta buku Selangor,walaupun sudah berlalu beberapa minggu,harap anda tidak bosan dengan entri ini,sebagai seorang yang minat membaca dan cinta pada budaya membaca ini,sudah pastinya program sebegini menjadi satu penantian dan kemestian untuk pergi ke sini,maklum sahaja,masa macam inilah kita nak dapatkan buku-buku dengan harga murah.Diskaun sehingga 25%-30% berbanding bila kita beli buku di gedung buku yang lain.Dalam pesta buku Selangor kali ini rata-rata diskaun 10%,15%,25%,juga terdapat buku-buku semurah rm2.00,majalah semurah rm1.00 dan rm0.50sen(Majalah dan buku-buku lama yang masih releven untuk di baca..).

Rasa seronok dan teruja melihat pelbagai tajuk buku yang mencabar minda ini,hari itu aku ada membeli beberapa buah buku untuk di bawa balik sebagai ole-ole.Alhamdulillah pilih punya pilih dapatlah beberapa tajuk buku untuk bahan minda aku masa lapang nanti,hari kedua aku cadang tak nak beli banyak sekali sekadar 2 atau 3 buah buku sahaja selebihnya bercadang beli pada hari yang lain,maklum 11 hari pesta buku ini berjalan.Satu perubahan besar dalam minda orang kita sekarang,apa yang aku lihat mereka sudah mula suka pada bahan-bahan bacaan yang bermutu untuk santapan minda mereka,jadi nak kata rakyat Malaysia tidak suka membaca sudah ternafi dengan bukti yang aku nampak di sepanjang pesta buku Selangor itu.

Beberapa buah buku yang aku beli di Pesta Buku Selangor (Hari Kedua)

1) Khalifah-khalifah yang benar-Abdul Latif Talib


2) Online dengan Tuhan-Zulkifli Khair


3) Hebatnya kuasa istikharah-Imam Musbikin


4) Merpati Menari di Padang Embun-ZanaZanzaly


Mereka datang ada yang berkeluarga,berteman,seorang,suami isteri,pelajar,pekerja kilang…pasti akan membawa balik beberapa buah buku untuk di jadikan bahan membaca untuk mereka,syabas kepada Anda yang minat membaca.!.Seronok melihat mereka membeli buku sampai berbakul…ha3..hebat mereka.Kepada Anda yang masih belum berminat membaca,usaha-usahakan diri Anda untuk minat membaca,satu masa nanti kita akan menyuruh anak-anak kita membaca,sedang kita sendiri tidak beramal dengan apa yang kita kata..ermm..anak-anak akan jawap..”Ayah pun tak baca..”Ha3..agak-agak apa yang kita nak jawap?.Jadi sama-samalah kita bentuk diri kita agar minat membaca,jika kita hendak melihat anak kita menjadi generasi yang suka membaca,dengan kata lain kita kena cakap serupa bikin.!

Oklah setakat ni perkongsian untuk kali ini,semoga beroleh manfaat..!

Saturday, July 10, 2010

Pesta Buku Selangor 2010

Sabtu,26HB 06 2010


Pesta buku kali ini,bagi aku adalah pesta buku yang paling hebat dari sebelum-sebelumnya,penyertaan rakyat sangat menggalakkan,ini di lihat melalui penyertaan rakyat semasa program gerakkan membaca.Tahniah dan Syabas buat kerajaan Negeri Selangor..!.

Di bawah ini aku kongsikan gambar-gambar sepanjang hari kedua Pesta Buku Selangor 2010:

Pesta Buku Selangor 2010


Baginda Sultan,berkenan meninjau-ninjau di setiap gerai buku

Seorang penulis yang gigih mempermosikan hasil karyanya


Gerai-gerai buku yang menyertai Pesta Buku Selangor
















SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN....JOM MEMBACA..!!!